Sunday, June 1, 2014

Kejayaan Mantan Pelajar Teknologi Automotif ILP Kota Kinabalu




Kejayaan seorang bekas pelajar Teknologi Automotif sesi 2/2009 - 1/2010 yang berasal dari kampung. Seorang yang tekun dan rajin belajar yang bernama Andriyian Defandey Bin Atau. Selepas menamatkan latihan di ILP Kota Kinabalu dengan menerima sijil SKM tahap 2, pelajar ini telah ditawarkan bekerja di Syarikat Tan Chong Assemblies Sdn Bhd pada 2010 di Rawang Selangor kemudian berpindah ke Pusat Servis Tan Chong Express Auto Service di Sandakan pada tahun 2012 dan bekerja selama 8 bulan di sana. 

Kemudian dia telah menghadiri satu temuduga JPJ dan telah berjaya temuduga tersebut serta kini telah menjawat jawatan sebagai Pemeriksa Kereta Motor di Bahagian Teknikal JPJ. Walaupun ketika temuduga itu dia hanya memiliki SKM tahap 2 dan lain-lain calon memiliki DKM tahap 4 tetapi berkat pengetahuan, pengalaman dan ketekunan Andriyian telah terpilih dalam temuduga tersebut.

Pihak ILP Kota Kinabalu mengucapkan syabas kepada Andriyian Defandey Bin Atau.

 Bertugas di JPJ Bahagian Teknikal

Ketika masih pelajar di ILPKK

0 comments:

Post a Comment